Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke lokasi
Wali Ur Rehman
Sehingga AS$5 Juta
Rambut : Hitam
Mata : Coklat
Warna Kulit : Kuning langsat
Jantina : Lelaki
Kerakyatan : Orang Pakistan
Ciri-ciri : Berjanggut penuh, bermisai
Status : Pelarian
Wali Ur Rehman adalah penolong pemimpin dan ketua strategik tentera Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP). Ia memerintah anggota TTP. Ia telah membantu di dalam serangan sempadan Afghanistan terhadap pasukan A.S. dan NATO, dan dikehendaki kerana terlibat di dalam pembunuhan tujuh orang rakyat Amerika pada 30 Disember 2009 di Forward Operating Base Chapman di Khost, Afghanistan.
Tujuan utama TTP adalah memaksa Pasukan tentera Pakistan mengundur dari FATA Pakistan, yang terletak di sepanjang sempadan Pakistan-Afghanistan; untuk mengusir kepentingan Barat dari Pakistan; dan menegakkan undang-undang Sharia di kawasan-kawasan puak.
TTP didakwa, atau telah mengaku bertanggung jawab, di dalam beberapa tindakan ganas, termasuk pengeboman Hotel Mariott pada September 2008 di Islamabad, yang mengakibatkan kematian lebih 50 orang dan kecederaan 300 orang, termasuk beberapa orang rakyat Amerika. Serangan-serangan ini sering diselaraskan bersama pemberontak atau kumpulan pengganas, termasuk Taliban dan al-Qaeda.
TTP terus merancang dan menjalankan serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat dari FATA. Baru-baru ini, TTP mengaku bertanggung jawab ke atas pengeboman yang gagal terhadap Times Square di bandaraya New York pada 1 Mei 2010.
Click here to listen to a Public Service Announcement about this terrorist

