Skip Navigation.

Mencari Maklumat Tentang Keganasan Antarabangsa

Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke lokasi
Hafiz Abdul Rahman Makki
Ganjaran sehingga $2 Juta


Tempat Lahir : Bahawalpur, Wilayah Punjab, Pakistan
Tarikh Lahir : 1948 (kira-kira)
Jantina : Lelaki
Kerakyatan : Orang Pakistan
Warganegara : Pakistan
Nama Lain : Hafiz Abdul Rehman Makki; Hafaz Abdul Rahman Makki; Abdulrahman Makki

Hafiz Abdul Rahman Makki merupakan orang kedua yang memegang kuasa dalam Lashkar-e-Tayyiba, organisasi Islamis radikal, Ahl-e-Hadith yang dikhususkan untuk menguat kuasakan peraturan Islan di sebahagian India dan Pakistan. Lashkar-e-Tayyiba dipercayai telah mengatur dan melakukan serangan keganasan pada bulan November 2008 di Mumbai, yang mengorbankan 166 nyawa, termasuk enam warganegara Amerika, juga beberapa kejadian keganasan lain di India.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat telah menetapkan Makki sebagai Warganegara Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224.

Lashkar-e-Tayyiba telah ditetapkan sebagai Organisasi Pengganas Asing pada bulan Disember 2001. Pada bulan April 2008, Amerika Syarikat telah menetapkan Jamaat-ud-Dawa sebagai Organisasi Pengganas Asing; begitu juga, Bangsa-bangsa Bersatu mengisytiharkan Jamaat-ud-Dawa sebagai organisasi pengganas pada bulan Disember 2008.