Soalan Yang Sering Ditanya
Bolehkan anda berikan maklumat lanjut tentang Program Hadiah untuk Keadilan (RFJ)?
Bagaimanakah tawaran hadiah diiklankan?
Apakah maklumat yang anda berikan tentang bayaran hadiah?
Bolehkah anda berikan maklumat terperinci tentang bayaran hadiah?
Bagaimanakah kami dapat tentukan bahawa bayaran telah dibuat sekiranya tiada maklumat spesifik?
Apakah maklumat yang akan mendatangkan hadiah? Apakah maklumat yang anda cari?
Bagaimanakah individu itu mendapat bayaran?
Bagaimanakah jumlah bayaran ditentukan?
Bolehkah anda memberi maklumat terperinci tentang Dana Hadiah untuk Keadilan?
Dengan memberi hadiah, adakah pihak anda menggalakkan pemburu hadiah yang tidak bertanggungjawab?
Has RFJ ever taken someone off the Rewards for Justice list? If so, who and why?
Sekiranya saya ingin memberi maklumat, siapakah saya hubungi?
Bolehkan anda berikan maklumat lanjut tentang Program Hadiah untuk Keadilan (RFJ)?
RFJ, Program Hadiah Anti-Keganasan Jabatan Negara A.S., ditubuhkan oleh Akta 1984 bagi Memerangi Keganasan Antarabangsa, Undang-Undang Awam 98-533 (dikodkan pada 22 U.S.C. ยง 2708). Dikendalikan oleh Biro Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara, matlamat RFJ ialah membawa pengganas antarabangsa ke pengadilan dan mencegah perbuatan keganasan antarabangsa terhadap rakyat dan hartabenda Amerika. Di bawah program ini, Setiausaha Jabatan Negara diberi kuasa untuk memberi hadiah bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan atau hukuman sesiapa yang membuat rancangan, yang melakukan, atau cuba melakukan tindakan keganasan terhadap rakyat atau hartabenda A.S. yang dapat mencegah perbuatan itu daripada berlaku, yang memberi maklumat tentang lokasi pemimpin pengganas yang utama, atau dapat menghancurkan kewangan pengganas.
RFJ menyimpan senarai hadiah yang ditawarkan di laman webnya: www.rewardsforjustice.net. Kebanyakan hadiah yang ditawarkan sehingga AS$5 juta. Bagaimanapun, tawaran hadiah ada juga diantara kurang AS$1 juta ke AS$25 juta. Disamping itu, RFJ boleh juga membayar hadiah di dalam kes-kes yang tidak ditawarkan sebelum ini, iaitu di dalam kes-kes tertentu.
Sejak penubuhannya, RFJ telah membayar lebih AS$100 juta kepada lebih 60 orang individu yang memberi maklumat yang telah dapat menghalang serangan keganasan antarabangsa atau membawa kepada pengadilan mereka yang terlibat di dalam keganasan sebelumnya.
Balik ke atas | Hantar maklumat
Berkaitan dengan program RFJ, sumber-sumber telah memberi maklumat yang telah menghalang atau bantu menyelesaikan tindakan keganasan antarabangsa terhadap kepentingan A.S. dan membawa ke pengadilan pengganas-pengganas yang paling terkenal di dunia dengan kejahatan mereka. Usaha-usaha pemberi maklumat ini telah dapat menyelamatkan jumlah nyawa yang tidak terkira.
Di Iraq, contohnya, 18 hari sahaja selepas tawaran hadiah diumumkan untuk Uday dan Qusay Hussein, seorang sumber tampil ke hadapan untuk memberi maklumat tentang lokasi mereka. Satu lagi kes yang banyak dapat pablisiti ialah penangkapan Ramzi Yousef, salah seorang pengebom Pusat Perdagangan Dunia pada tahun 1993 yang dapat dikesan pada tahun 1995 berikutan informasi yang diberikan oleh sumber yang menyambut tawaran hadiah RFJ.
Balik ke atas | Hantar maklumat
Bagaimanakah tawaran hadiah diiklankan?
Disamping laman web RFJ, kami juga menggunakan poster, kotak mancis, iklan yang dibayar untuk siaran radio dan akhbar, Internet, dan apa jua jalan bagi membawa ke pengadilan mereka yang bertanggungjawab melancarkan keganasan terhadap Amerika Syarikat.
Apakah maklumat yang anda berikan tentang bayaran hadiah?
Satu aspek utama program ini ialah kami mempastikan bahawa respon terhadap kempen tawaran kami ini tidak didedahkan sama sekali. Malah, yang paling penting ialah kami tidak mendedahkan nama-nama individu yang menerima hadiah, dan sering kami tidak mendedahkan bahawa hadiah telah dibayar. Di dalam beberapa kes-kes yang berprofil tinggi, kami akan mengumumkan pembayaran hadiah, tetapi tidak maklumat yang telah diberikan.
Balik ke atas | Hantar maklumat
Bolehkah anda berikan maklumat terperinci tentang bayaran hadiah?
Bayaran yang terbesar setakat ini berjumlah AS$30 juta kepada seorang individu yang memberi maklumat yang membawa kepada lokasi Uday dan Qusay Hussein.
Ada empat upacara memberi hadiah RFJ di Filipina. Yang terbaru berlaku pada 7 Jun 2007, dengan jumlah hadiah AS$10 juta di majlis itu. Bayaran hadiah RFJ ini yang terbesar di Filipina sejak program ini bermula.
Bagaimanakah kami dapat tentukan bahawa bayaran telah dibuat sekiranya tiada maklumat spesifik?
Seperti yang telah disebut, RFJ kadang kala membuat beberapa pengumuman tentang bayaran hadiah yang berprofil tinggi. Kami juga memberi Kongres AS laporan sulit setelah bayaran hadiah dibuat.
Balik ke atas | Hantar maklumat
Apakah maklumat yang akan mendatangkan hadiah? Apakah maklumat yang anda cari?
Sesiapa yang memberi informasi yang dapat membantu kami menghalang atau menumpaskan tindakan keganasan antarabangsa terhadap A.S. di mana-mana di dunia ada kemungkinan layak menerima hadiah.
Sekiranya seorang pengganas, contohnya, terlibat di dalam perancangan atau melakukan sesuatu serangan terhadap seorang rakyat Amerika atau hartabenda A.S. ditangkap atau dihukum akibat maklumat sumber, sumber itu layak terima hadiah.
Disamping itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan pengenalan atau lokasi pemimpin utama pertubuhan pengganas antarabangsa mungkin layak terima hadiah. Hadiah juga akan dibayar bagi maklumat tentang seorang individu atau pertubuhan yang mengedar dadah bagi membiayai tindakan keganasan antarabangsa atau bagi memberi sumbangan untuk mengekalkan atau menyokong pertubuhan pengganas.
Bagaimanapun, dibawah undang-undang yang mentadbirkan program ini, kakitangan kerajaan Amerika, kerajaan negeri atau tempatan, serta kakitangan kerajaan asing secara amnya tidak layak terima hadiah sekiranya maklumat didapati ketika menjalankan tugas rasmi masing-masing.
Balik ke atas | Hantar maklumat
Apa akan terjadi sekiranya seorang sumber maklumat menggadai nyawanya untuk memberi maklumat tentang pengganas, dan kemudian sumber itu mendapati dirinya di dalam bahaya. Adakah RFJ akan memberi perlindungan?
Seperti yang telah dibincangkan di atas, menyimpan rahsia adalah satu isu yang paling penting di dalam program RFJ. RFJ rahsiakan identiti sesiapa yang memberi maklumat untuk menyambut tawaran hadiah atau mereka yang menerima hadiah. Tambahan, bantuan untuk berpindah mungkin disediakan bagi sumber dan keluarganya, tetapi hal ini akan dipertimbangkan berdasarkan kes-kes tertentu.
Bagaimanakah individu itu mendapat bayaran?
Setiap pencalonan hadiah dipertimbangkan mengikut kes. Proses pembayaran adalah seperti berikut:
Sama ada agensi kerajaan AS, seperti Jabatan Pertahanan atau FBI, atau kedutaan AS di luar, mesti dahulu mencalonkan seseorang untuk diberikan hadiah. Sebuah jawatankuasa antara agensi kemudian memberi pertimbangan berdasarkan maklumat. Sekiranya Jawatankuasa Hadiah Antara Agensi itu percaya seseorang itu layak menerima hadiah, ianya akan mengesyorkan kepada Setiausaha Jabatan Negara supaya beliau meluluskan pemberian hadiah tersebut.
Syor yang dibuat oleh Jawantankuasa itu, bagaimanapun tidak terikat. Setiausaha Jabatan Negara mempunyai pertimbangan sendiri di dalam pemberian hadiah, dan juga boleh menukarkan jumlah hadiah tersebut, di dalam terma yang ditetapkan di bawah undang-undang.
Sekiranya terdapat bidang kuasa jenayah persekutuan di dalam hal tersebut, Setiausaha akan mendapatkan persetujuan Peguam Negara sebelum memberi hadiah.
Balik ke atas | Hantar maklumat
Bagaimanakah jumlah bayaran ditentukan?
Jumlah pemberian hadiah adalah berdasarkan beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ancaman pengganas tertentu, tahap bahaya yang tinggi atau kecederaan kepada rakyat Amerika atau kerosakan terhadap harta benda AS, nilai maklumat yang diberikan, risiko yang dihadapi oleh sumber dan keluarganya, dan tahap kerjasama yang diberikan oleh sumber di dalam siasatan atau semasa perbicaraan.
Has RFJ ever taken someone off the Rewards for Justice list? If so, who and why?
Yes, the Rewards for Justice program has removed various suspects from its list over the years, including Baitullah Mehsud, Bali bomber Dulmatin, Usama bin Ladin, Atiyah Abd al-Rahman, and Fazul Abdullah Mohammed. Suspects may be removed from the RFJ list for a variety of reasons, including when they are taken into custody by law enforcement or security forces, or are confirmed dead by an official authoritative source.
Balik ke atas | Hantar maklumat
Bolehkah anda memberi maklumat terperinci tentang Dana Hadiah untuk Keadilan?
Rewards for Justice Fund adalah organisasi amal bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan 501(c)(3) yang mana gabungannya dengan program Rewards for Justice Jabatan Negara A.S adalah untuk tujuan meningkatkan dan memberikan sumbangan sektor swasta kepada Jabatan Negara A.S. untuk digunakan dalam mengenal pasti dan menahan para pengganas yang beroperasi di Amerika Syarikat dan di luar negara. Rewards for Justice Fund ini dicipta dan ditadbir oleh sekumpulan warganegara Amerika. Kumpulan ini telah mendatangi Jabatan Negara A.S. tidak lama selepas kejadian serangan 11 September dan meminta kebenaran bagi mengutip dana melalui derma daripada orang ramai bagi menyokong RFJ. Kami telah menyemak cadangan ini dan menyokong usaha Rewards for Justice Fund. Selepas memberikan bantuan pada tahun-tahun selepas kejadian 11 September, RFJ telah dibubarkan pada bulan Ogos 2008.
Balik ke atas | Hantar maklumat
Dengan memberi hadiah, adakah pihak anda menggalakkan pemburu hadiah yang tidak bertanggungjawab?
Kami sekeras-kerasnya tidak menggalakkan "pemburu hadiah" dan individu-individu bukan kakitangan kerajaan supaya mencari dan menangkap pengganas; sebaliknya RFJ memberi hadiah untuk maklumat yang membolehkan pihak-pihak kerajaan untuk mencari dan menahan pengganas-pengganas tersebut.
Sekiranya saya ingin memberi maklumat, siapakah saya hubungi?
Orang ramai dengan maklumat harus menghubungi Pejabat Keselamatan Rantau (RSO) di Kedutaan atau Konsulat A.S. yang berdekatan, FBI, atau gunakan alamat untuk perhubungan yang berikut:
Alamat surat-menyurat: RFJ, Washington D.C. 20522-0303, USA Talian Percuma: 1-800-US-REWARDS Emel: RFJ@state.gov
Balik ke atas | Hantar maklumat
Saya ingin meminta izin untuk menggunakan bahan-bahan (imej) dari laman web anda untuk presentasi atau cetakan.
Melainkan hakcipta dinyatakan, maklumat di dalam laman web ini untuk kegunaan orang ramai dan boleh disalin dan dicetak semula, atau digunakan tanpa izin RFJ. Kami minta supaya RFJ dinyatakan sebagai sumber bahan-bahan, dan sebarang kredit untuk gambar-gambar diberi kepada jurugambar atau penulis atau RFJ sebagaimana yang patut.
Sekiranya hakcipta dinyatakan di dalam sekeping gambar, grafik, atau bahan-bahan lain, izin harus didapat dari sumber asal untuk membuat salinan bahan-bahan ini. Tambahan, anda mesti sedar bahawa statut jenayah 18 U.S.C. 713, melarang penggunaan Lambang Agung Amerika Syarikat di dalam keadaan tertentu seperti yang digariskan di dalam seksyen tersebut; oleh itu, kami sarankan anda berunding dengan peguam sebelum menggunakan Lambang Agung di dalam apa jua konteks.
