Skip Navigation.

Mencari Maklumat Tentang Keganasan Antarabangsa

Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke lokasi
Ali Sayyid Muhamed Mustafa al-Bakri
Sehingga AS$5 Juta


Tarikh Lahir : 18 April 1966
Tempat Lahir : Bani Suwayf, Mesir
Mata : Gelap
Jantina : Lelaki
Nama Lain : Abd al-Aziz al-Masri, Hasan ‘Umar Ibrahim Ali Saleem Abu Salsbil, Abu Salsabil Hassan Omar, Hasan ‘Umar Zizo

Ali Sayyid Muhamed Mustafa al-Bakri adalah anggota al-Qa'ida dan seorang pakar bahan letupan dan senjata kimia. Ia adalah ahli Majlis Shura al-Qa'ida dan kawan rapat pemimpin al-Qa'ida Saif al-Adel dan Ayman al-Zawahiri.

Sebelum masuk al-Qa'ida, al-Bakri adalah ahli kumpulan pengganas Jihad Islam Mesir, di bawah arahan Ayman al-Zawahiri. Ia bertugas sebagai pengajar di dalam kem-kem al-Qa'ida di Afghanistan, yang melatih rekrut-rekrut pengganas di dalam penggunaan bahan letupan dan senjata kimia. Al-Bakri juga tidak berjaya merampas sebuah pesawat penumpang Pakistani Air pada Disember 2000. Kemungkinan besar ia masih terus melatih pengganas-pengganas dan puak pelampau lain.