Skip Navigation.

Mencari Maklumat Tentang Keganasan Antarabangsa

Program Sepintas Lalu


Program Hadiah Untuk Keadilan terus menjadi salah satu aset Kerajaan Amerika Syarikat yang paling berharga bagi melawan keganasan antarabangsa. Ditubuhkan berikut Akta 1984 bagi Melawan Keganasan Antarabangsa, Undang-Undang Awam 98-533, Program ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan Diplomatik di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Di bawah program ini, Setiausaha Negara berkemungkinan akan membenarkan hadiah bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan atau hukuman sesiapa yang merancang, bertindak atau mencuba tindakan keganasan antarabangsa terhadap warga Amerika atau harta benda Amerika Syarikat, yang mengelakkan tindakan tersebut daripada terjadi, yang membawa kepada lokasi pemimpin kanan pengganas, atau yang mampu menghentikan saluran kewangan untuk keganasan.

Setiausaha diberi kuasa untuk memberi hadiah lebih dari AS$25 juta sekiranya beliau dapat menentukan bahawa jumlah yang lebih besar perlu untuk melawan keganasan atau mempertahankan Amerika Syarikat dari tindakan keganasan.

Sejak pelancaran program Hadiah Untuk Keadilan pada tahun 1984, kerajaan Amerika Syarikat telah membayar lebih AS$100 juta kepada lebih 60 orang, yang memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan pengganas dan hukuman penjara atau mencegah tindakan-tindakan keganasan diseluruh dunia. Program ini memainkan peranan yang penting di dalam penangkapan pengganas antarabangsa, Ramzi Yousef, yang didapati bersalah pada 1993 di dalam pengeboman Pusat Perdagangan Dunia.

Manakala undang-undang yang mentadbir program Hadiah Untuk Keadilan dituju kepada keganasan yang disasarkan kepada rakyat Amerika, Kerajaan Amerika Syarikat kongsi maklumat dengan negara-negara lain di mana rakyat mereka terancam. Setiap kerajaan dan setiap rakyat mempunyai kepentingan dalam membawa pengganas-pengganas ini ke hadapan keadilan dan mencegah tindakan keganasan.